Saturday, December 29, 2012

Menanti Sinar Dalam Kejahilan

Bila saat diri ini terasa jauh..
Aku cuba kembali..
Dalam mencari kesempurnaan..
Aku tercampak dalam kehinaan..
Dimana perlu aku mencari kebahagiaan..
Jika tidak mendapat keredhaan dan kerahmatan Yang maha agung..



Terasa diri ini mula tersasar..
Entah dimana perlu diri hina ini perlu mulakan..
Termenung, terfikir apa yang telah aku lalui..
Suka duka yang dinikmati..
Timbul tenggelam naluri ku..
Tercari-cari masihkah ada harga diri..
Bukan simpati yang dipinta..
Cuma terasa di lautan hati ini yang dilayari..
Kosong tidak berpulau..
Daratan yang penuh ketandusan..
Gelap terasa menyelubungi..
Aku terkedu cuba menginsafi diri yang ternoda..
Siapa diri ini disisiNya..
Aku terlambung dengan badai kepalsuan duniawi..
Masihkah ada ruang buat aku disana..
Tercampak dimana jiwa ini..
Kosong tidak terperi..
Aku mencari terus menanti..
Mengapa masih tenggelam aku di dasar itu..
Nurani ini tidak sembuh..
Tangisan tidak berpenghujung..
Sayup terasa seakan tiada apa-apa..
Rindu padaMu Ya Tuhan..
Aku bersujud padamu Yang Esa..
Agar pulih batin ini seperti sediakala..
Tidak mahu aku tersasar tidak kembali..
Aku ingin pulang disisiMu dengan kemuliaan..
Tiada lain pintaku..
Melainkan menjadi hambaMu yang diredhai..


2 comments: