Monday, March 24, 2014

Tuhan jagakan dia

Bismillah..


Ya Allah, ketentuanMu sungguh aku redha
telah Engkau tuliskan suratan perjalanan setiap hambamu
aku redha jika bukan dia untuk ku
dan setiap kententuanMu adalah yang sebaik-baiknya. 
Pernah aku melihat dia sebagai insan yang akan berada disisiku
pernah jua aku impikan dia menjadi ibu kepada anak-anakku
Meski hati ini menangis tetapi aku gembira buat dirinya
insan yang aku ingin bahagiakan akan tetap bahagia
Ya Tuhanku, lindungilah dia dengan rahmat dan ihsan Mu.
meskipun dia bukan milikku.
aku pernah menyayanginya,aku pernah menyintainya,
dari jauh aku mengirim rindu buat kali terakhir,
Izinkan dia sejahtera bersama bakal keluarganya
jadikanlah dia pasangan yang terbaik buat pelindungnya.
jadikanlah dia antara hamba yang Engkau sayangi.
Ya Allah..
jagakan dia..

ameen.



Monday, July 22, 2013

Biarlah Ia Bahagia

Sepi..

Tak pernah aku terbayang sunyinya hati ini..
Tanpa ada kata tanpa ada melodi yang indah..
Aku termenung meratapi..
Kenapa dikala aku mula suka dan jatuh cinta ia tidak bersamaku..
Pernah jua hati ini meronta tapi dibiarkan sahaja..
Salah buatku menumpang kasih..
Sehingga saat aku tidak mengharapkan bahagia dalam kehidupan ini..
Aku cuba menjadi tegar dalam hidup sendirian..
Saat hati terusik akan ditidakkannya..
Kenapa dan mengapa..
Disaat aku mencintai biarlah cinta itu bahagia..
Bersama atau tidak..
Untuk kehidupannya..
Aku izinkan..



Thursday, January 10, 2013

Cinta itu Anugerah Allah



Bila disebut tentang cinta terasa indahnya perasaan itu,
Ada yang melalui pahit getir nya,
Ada yang mengeluh ada yang bahagia,
Ada yang menggunakan cinta demi kepentingan nafsu masing-masing,
Soal cinta adalah yang agung kerna darinya wujudnya pelbagai rasa,
Dari cinta lahirlah manusia yang hebat dalam perkara yang dilakukannya,

Berolehkah manfaat dari cinta itu,
Mudah untuk melafazkan tapi berat untuk menyatakan,
Soal cinta dalam berpasangan, 
Diusia yang masih mentah pelbagai halangan dan larangan dilalui,
Cinta yang suci berlandaskan ketulusan dan keikhlasan,
Tidak ketemu tidak bermakna cinta itu tidak ada,
Yakinilah pada ia,
Kerna itu anugerah yang tak terhingga dariNya,
Kerna kasihNya diwujudkan syurga bagi yang dikasihi,
Masih ramai antara kita tercari dan memaksa perasaan itu,
Dan akhirnya tewas dalam perhubungan itu sendiri,
Usah gusar kerna itu keajaiban cinta,
Ia datang tanpa disedari, tanpa perlu menanti tanpa perlu dikesani,
Dan yakinilah cinta yang hakiki hanya kepadaNya
Kerna dari cintaNya kita dilahirkan dan diberi peluang mengabdikan cinta kita kepadaNya~



Saturday, December 29, 2012

Menanti Sinar Dalam Kejahilan

Bila saat diri ini terasa jauh..
Aku cuba kembali..
Dalam mencari kesempurnaan..
Aku tercampak dalam kehinaan..
Dimana perlu aku mencari kebahagiaan..
Jika tidak mendapat keredhaan dan kerahmatan Yang maha agung..



Terasa diri ini mula tersasar..
Entah dimana perlu diri hina ini perlu mulakan..
Termenung, terfikir apa yang telah aku lalui..
Suka duka yang dinikmati..
Timbul tenggelam naluri ku..
Tercari-cari masihkah ada harga diri..
Bukan simpati yang dipinta..
Cuma terasa di lautan hati ini yang dilayari..
Kosong tidak berpulau..
Daratan yang penuh ketandusan..
Gelap terasa menyelubungi..
Aku terkedu cuba menginsafi diri yang ternoda..
Siapa diri ini disisiNya..
Aku terlambung dengan badai kepalsuan duniawi..
Masihkah ada ruang buat aku disana..
Tercampak dimana jiwa ini..
Kosong tidak terperi..
Aku mencari terus menanti..
Mengapa masih tenggelam aku di dasar itu..
Nurani ini tidak sembuh..
Tangisan tidak berpenghujung..
Sayup terasa seakan tiada apa-apa..
Rindu padaMu Ya Tuhan..
Aku bersujud padamu Yang Esa..
Agar pulih batin ini seperti sediakala..
Tidak mahu aku tersasar tidak kembali..
Aku ingin pulang disisiMu dengan kemuliaan..
Tiada lain pintaku..
Melainkan menjadi hambaMu yang diredhai..


Sunday, July 22, 2012

Wahai yang sedang berduka cita kalam Allah ini untukmu~

ALLAH `Azza wa Jalla adalah pencipta kita dan Dia adalah pencipta segalanya. Dia mengetahui yang zahir dan yang batin. Dia mengetahui apa yang terkandung di dalam hati lemah kita. Dan Dia tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya.


Di dalam al-Quran yang mulia, ALLAH telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia. Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata ALLAH Jalla wa A`la di dalam kitab yang mulia tersebut.


Berikut adalah sebahagian dari jawapan-jawapan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing. Semoga dengan mengetahuinya, hati kita bisa menjadi tenang, insyaALLAH.


1.
Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri“Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”, sebenarnya ALLAH `Azza wa Jalla telah pun memberitahu kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat diri kita. ALLAH berfirman:

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, 2:216)


2.
Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini?”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت


“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)


3.
Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa?, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (Surah ali `Imran, 3:139)


4.
Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini?”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:

وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)


5.
Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini?” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdir, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)





6.
Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan?”. Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan. ALLAH telah pun berfirman:

فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ


“Maka katakanlah: ”Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”" (Surah at-Taubah, 9:129)


Maha Suci ALLAH, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita. Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata ALLAH di dalam al-Quran yang mulia bisa memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya. Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini. Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…


Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana ALLAH sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.

Tuesday, May 22, 2012

Kegagalan Bukan Penamat Cerita~


Erti sebuah kegagalan..
Gagal hanyalah sebuah perkataan..
Sebagai cabaran memperbaiki dan merenungi diri..
Mengajar untuk muhasabah diri yang masih kecil..
Ingat kegagalan bukan bererti pengakhiran kehidupan..
Peluang yang besar untuk menilai kehidupan dari sudut yang lebih baik..
Tidak perlu kamu lunturkan semangat kamu kerna ia..
Satu cabaran dan ujian juga pengajaran dari silap lampaumu..
Ingat perkara yang terbaik hanya hadir jika kamu mengatasi apa yang kamu tidak pernah jangkai..
Bersyukurlah di atas kegagalan itu dan anggap itu peringatan buat hamba-hamba yang dicintaiNya..
Supaya tidak kamu lupa dan leka dengan kenikmatan yang diberikanNya..
Kibarkan sayap semangatmu, laluilah bersama keredhaanNya..
Moga kamu menjadi insan yang lebih menghargai dirimu dan apa yang ada dalam hidupmu..
Usaha, tawakal dan doa terus menjadi pendampingmu..
Hiasilah kegagalan yang sudah kamu tempuhi dengan sinar kejayaan yang bakal kamu hadapi..
Kegagalan bukanlah satu pengakhiran yang membinasakan..
Tenang dan sabar menghadapi liku-liku perjalanan hidupmu demi kesejahteraan dunia dan akhirat mu..




Sunday, May 13, 2012

Buat Bonda dan Ayahanda~



Terima kasih padamu Ya Allah..
Meletakkan aku bersama pasangan ini..
Kerna kurniakan aku dalam pernikahan yang direstuiMu..
Mereka insan yang hebat dimataku..
Mendidik dan menjagaku tanpa mengenal erti perit dan payah..

Terima kasih Ya Allah..
Aku bersyukur padamu mendampingkan aku kedua-dua insan mulia ini..
Mengajarku, membelaiku dari kecil sehingga kini..
Ilmu yang diberi akan aku guna meniti perjalananku nanti..
Akanku ingati setiap pesan mereka..

Ayah, mak..
Anakanda pohon maaf atas segala kesilapan..
Atas kedegilan yang kadang2 memeningkan..
Anakanda cuba menebusnya kembali..
Membalas setiap kepenatan yang ayah, mak lalui..

Ayah, mak..
Sayangku terhadap anda berdua melebihi insan lain di atas mukabumi ini..
Iringi perjalananku dengan keberkatan doa bonda dan ayahanda..
Ingin melihat keselesaan buat keluarga..
Anakmu ini cuba mencapai apa yang mak, ayah kehendak..
Berikan ku kesempatan ini..

Ayah,mak.. Namamu tetap terpahat dihati..



insan yang aku cintai dari awal

Adakah Ini Benar Cinta?




Benarkah apa yang kurasai..
Kali pertama aku menegurnya..
Tidak pernah kusangka ini yang akan terjadi..
benarkah hati ini mula mempercayai satu perkara?

CINTA..

Jika itu izinNya aku terima dengan hati yang terbuka..
Jika itu hanya mainan perasaan ku Tutupkanlah ia Ya Allah..
Tidak mahu aku merasa ragu dengan perasaan ini..
Yakinkan aku Ya Tuhanku..

CINTA..

Apa erti cinta?
Cintaku pada Mu masih rapuh Ya Allah..
Mampukah aku mengenali cinta manusia..
Sungguh kecil diriku ini..

CINTA..

Aku pernah hilang segalanya kerna cinta manusia..
Kuatkah aku untuk menghadapi perkara itu..
Kuatkan aku Ya Allah supaya aku menyeimbangi hati ini..
Tangis dan sujud ku hanya untukmu..

CINTA.. 

Benar aku tertarik dengannya..
Aku menghormati dan menyeganinya..
Kerna ilmu dan keperibadiannya..
Sungguh besar jarak aku dan dia..

CINTA..

Izinkan aku menjadi yang sah jika itu jodohku Ya Allah..
Jangan dibiarkan aku lalai dari mengingatiMu..
Moga yang solehah buatku..
Menjadi ibu yang baik buat anak2 ku..

CINTA..

Aku pohon buat kau yang aku sayangi..
Izinkan aku menyimpan perasaan ini istimewa buatmu..
Di mana dikau berada..
Izinkan aku jujur mengatakan AKU SUDAH JATUH CINTA ..

CINTA.. Moga ia terpelihara....

:')